Wednesday 30 May 2012

Khilaf seorang manusia



Manusia sering kali tidak dapat melarikan diri daripada kekhilafan, kesalahan dan juga dosa. Sudah menjadi sifat manusia itu untuk tidak sempurna melainkan Baginda Rasulullah SAW pembawa rahmat sekalian alam.

Sekiranya kita melakukan kesalahan adakah itu bererti kita perlu dihukum untuk selama-lamanya? Satu hadis berbunyi " Keburukan orang walaupun benda itu benar adalah tidak baik untuk kita sebarkan " Perkara buruk orang sama sekali tidak elok untuk disebarkan kalaupun benda itu betul.

Kalau kita tahu pun, just ambik iktibar untuk diri kita dan doakan kebaikan mereka yang melakukan kesalahan tu. Atau, kita boleh menegur perbuatan mereka. Namun, untuk menyebarkan dan mengaibkan sama sekali tidak elok perangai tu. Kalau dia dah terima balasannya, dah lah. Tak perlu kita tambah rasa hiba dan penderitaan yg dia alami. Kita siapa? Kita pun tak lari dari melakukan kesilapan.

Cuba bayangkan kalau kita melakukan kesilapan dan kita terima akibatnya then orang tambah-2 lagi dengan menceritakan silap yg kita buat tu. Apa perasaan kita? Malu, marah, segan, semua nya kan? Benda tu takan selesaikan masalah malah timbulkan lagi masalah lain.

Biasanya mungkin kita akan dengar " Haa, padan muka. Sape suruh cari masalah, memang patut pun dia kena ". Tak dinafikan memang dia yg cari masalah dan apa yg dia dapat setimpal dgn apa yg dia buat tapi tu bukan bagi hak pada kita untuk terus mencanang rata tempat apa yg dia telah lakukan tu.

Jadi, kita sesama manusia jangan lah sesekali timbul perasaan benci membenci antara satu sama lain. Kita manusia yg tak lari dari melakukan kesilapan. Memaafkan dan ubahlah dirinya ke arah kebaikan.

Assalamualaikum.
Terima kasih

No comments:

Post a Comment