Friday 1 June 2012

Sejenak.



Sejenak tentang seorang ayah.

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya. Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu? Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahawa sekembalinya ayah dari bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?


Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil, ayah biasanya mengajar puteri kecilnya naik basikal. Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu. Kemudian Ibu cakap 'Jangan dulu ayah, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya ' kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka.

Tapi sedarkah kau? Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan saksama kerana dia tahu puteri kecilnya pasti mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba. Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas ' boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang ' Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit, ayah lah yang terlalu khuatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata ' dah di beritahu! Jangan minum air sejuk!' Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu.

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja, kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan ' tidak boleh! '. Tahukah kamu, bahawa ayah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat-2 luar biasa berharga. Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke bilik sambil membanting pintu.

Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah. Tahukah kamu, bahawa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, bahawa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, tapi lagi-lagi dia harus menjagamu.

Ketika seorang teman lelaki mula selalu menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu, ayah akan memasang wajah paling cool sedunia. Ayah sesekali akan mendengar atau mengintip masa kamu sedang berbual berdua di ruang tamu. Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar had waktu yang telah diberinya. Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Dan setelah perasaan khuatir itu semakin dalam, ketika melihat puteri kecilnya balik larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu. Sedarkah kamu, bahawa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? " Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya "

Setelah lulus SPM, ayah akan memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata-2 hanya kerana memikirkan masa depanmu nanti. Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa, dan kamu harus pergi kuliah di tempat lain, ayah harus melepaskanmu di bandar. Tahukah kamu bahawa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat dan menyuruhmu untuk berhati-2. Padahal ayah ingin menangis seperti ibu dan memelukmu erat-2. Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan berkata " Jaga dirimu baik-baik ya sayang ". Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT, kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kekurangan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan kawan-2 nya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan.

Kata-2 yang keluar dari mulut Ayah adalah ' Tak, tak boleh! ' Padahal dalam batin Ayah, ia ingin mengatakan ' ya sayang, nanti ayah belikan untukmu '. Tahukah kamu bahawa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saat kamu berjaya sebagai seorang sarjana, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang. Sampai saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya, ayah akan sangat berhati-2 memberikan izin kerana ayah tahu bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan kedudukannya nanti.

Dan akhirnya,

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelamin bersama seorang lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, ayah pun tersenyum bahagia. Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pelamin sebentar, dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia, kemudian ayah berdoa, dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata " Ya Allah, tugasku telah selesai dengan baik. Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia bersama suaminya. Rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah ".

Setelah itu ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-2 nya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang telah dan semakin memutih, dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya. Ayah telah menyelesaikan tugasnya. Papa, Ayah, Bapa, atau Abah kita adalah seseorang yang harus selalu terlihat kuat. Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis, dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu. Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa kamu mampu dalam segala hal.


P/S : CINTAILAH AYAH SEPERTI MANA KAMU MENCINTAI IBUMU. JANGAN PERNAH BEZAKAN KASIH SAYANG YANG DIBERI OLEH MEREKA KERANA KASIH SAYANG SEORANG AYAH PADA ANAKNYA JARANG SEKALI DIUCAPKAN MELALUI KATA, TETAPI DIUCAP MELALUI PENGORBANAN.




































Terima kasih