Monday 31 December 2012

Kerja :D

Hai Assalamualaikum semua :)Harini, 31 Disember 2012, bermulalah kehidupanku sebagai seorang admin clerk di IT Plaza Skudai Parade office. Hmm, kerja jadi kerani ni so far so good la. First day kerja, biasalah semuanya serba tak tahu. Tapi aku terus belajar dan terus belajar and In Shaa Allah lama lama nanti aku akan biasa dengan kerja ni semua. Masuk kerja pukul 9.00 pagi and balik pukul 6.30. Semua tu depend on my duty. Kalau ada kerja kat site, aku terpaksa stay office sampai document yang HQ nak aku dah completekan. Macam harini dapat balik pukul 6.00 petang sebab kerja takda. So, balik rumah lepak la, hihi :DMalam ni dah masuk tahun baru and genaplah umur aku 20 tahun. Tak dapat nak celeb kat mana mana tempat, stay rumah je lah yang mampu. Esok off day and aku tak sure mana tempat aku nak tuju. Maybe duduk rumah, maybe keluar jalan jalan. Semuanya maybe.

Cukup setakat ni entry untuk malam ni. Just nak bagitahu macam mana kerja aku, hehe :D Btw, Happy New Year semua nya. Hope tahun 2013 lebih baik dari tahun 2012. Azam aku tahun 2013 ni nak ubah ke arah yang lebih baik and lebih matang. In Shaa Allah :)

Terima kasih

Wednesday 26 December 2012

Sahabat

Hai Assalamualaikum semua :)

Entry kali ni berkenaan dengan sahabat. Semua orang ada sahabat kan tapi tak semua orang yang tahu apa sebenarnya maksud sahabat yang sebenar. Jom kita share tips macam mana nak cari sahabat yang terbaik untuk diri kita sendiri :)

1) Sahabat yang sanggup menerima bantuan dan pertolongan kita dengan senang hati
  • Perselisihan faham yang jadi dalam persahabatan itu sebenarnya perkara biasa. Tapi, sahabat yang baik tetap akan meneruskan persahabatan dan akan menutupi segala keburukan kita daripada pengetahuan orang lain atau dari pandangan mata orang lain. Tiada istilah membuka aib sahabat sendiri dalam satu persahabatan.
2) Sahabat yang melindungi kita dari sebarang kemungkinan
  • Sahabat akan tetap melindungi kita tak kiralah time kita susah ataupun time kita senang. Dia akan tetap bersama dengan kita. Dia merasakan kita lah sahabat yang terbaik untuk diri dia dan kitalah pelengkap hidupnya untuk sementara waktu.
3) Sahabat yang menghulurkan bantuan ketika kita memerlukan
  • Sahabat yang baik sanggup menghulurkan bantuan ketika kita memerlukan dan sanggup berhadapan dengan pelbagai kemungkinan bersama kita. Bila kita sakit menahan lapar, dia pun turut merasakan lapar juga.
4) Sahabat yang tidak membiarkan kita keseorangan
  • Bila kita diam, dia takkan ikut serta diam tapi dia akan menghiburkan kita dan akan membuat kita kembali tersenyum. Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh meringankan beban kita yang tidak tertanggung.
5) Sahabat yang mempunyai akhlak dan berkeperibadian mulia
  • Sahabat yang baik tidak akan sesekali mengajak kita untuk melakukan keburukan sebaliknya membimbing kita ke arah kebaikan. 



P/S : Tips ni bukanlah bermakna saya merupakan sahabat yang terbaik untuk semua sahabat-sahabat saya. Tapi sebenarnya mendidik diri saya dan yang lain untuk menjadi sahabat yang mempunyai ciri-ciri di atas. In Shaa Allah :)

Terima kasih